Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Ekonomi AS mengecut 0.9%

    WASHINGTON, 28 JULAI – Ekonomi Amerika Syarikat (AS) mengecut dari April hingga Jun buat suku kedua berturut-turut, menguncup 0.9 peratus pada kadar tahunan dan membangkitkan kebimbangan yang negara itu mungkin diambang kemelesetan.

    Kemerosotan yang dilaporkan oleh Jabatan Perdagangan hari ini dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) itu disusuli dengan kejatuhan tahunan 1.6 peratus dari Januari hingga Mac.

    Penurunan KDNK berturut-turut membentuk satu petunjuk kemelesetan yang tidak formal, walaupun tidak muktamad.

    Laporan itu muncul pada waktu genting semasa pengguna dan perniagaan telah bergelut di bawah beban inflasi dan kos peminjaman yang tinggi.

    Kelmarin, Rizab Persekutuan (FED) menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak tiga perempat mata untuk kali kedua berturut-turut dalam usahanya untuk membendung ledakan inflasi terburuk dalam empat dekad.

    FED berharap untuk mencapai ‘kemelesetan berkitar’ yang amat sukar: Kelembapan ekonomi yang dapat mengekang harga yang melonjak tanpa mencetuskan kemelesetan.

    Pengerusi FED, Jerome Powell dan kebanyakan ekonomis berkata ketika ekonomi mencatat beberapa kelemahan, mereka meragui ia di ambang kemelesetan. – AP

    Jerome Powell bercakap semasa sidang berita di Washington pada 27 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...