Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Ekonomi AS menguncup 1.4 peratus

    WASHINGTON, 29 APRIL – Ekonomi Amerika Syarikat (AS) menyusut dalam suku pertama 2022 ketika varian Omicron menjejas aktiviti dan syarikat membeli lebih banyak produk asing untuk menambah inventori yang kehabisan, dalam komplikasi terbaharu untuk sebuah negara yang telah pun bergelut dengan inflasi tinggi.

    Bagaimanapun penganalisis tidak mengheboh kemungkinan berlakunya kemelesetan, mendapati data Jabatan Perdagangan yang dikeluarkan semalam menunjukkan pengguna dan perniagaan menambah perbelanjaan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini – kedua-duanya petunjuk kepada keadaan ekonomi.

    Kemerosotan sebanyak 1.4 peratus dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) merupakan berita yang tidak dialu-alukan oleh Presiden Joe Biden, yang telah bergelut untuk meyakinkan warga AS bahawa beliau mampu mempengerusikan ekonomi terbesar dunia.

    Bercakap kepada wartawan di Rumah Putih, Biden berkata beliau ‘tidak bimbang’ mengenai kemungkinan berlakunya kemelesetan, merujuk kepada kenaikan dalam perbelanjaan serta pengangguran rendah sebagai bukti keadaan ekonomi negara itu.

    “Apa yang awda lihat adalah pertumbuhan besar dalam negara yang terkesan segala-galanya daripada COVID dan sekatan COVID yang dilaksanakan,” kata beliau.

    Selepas ekonomi berkembang 6.9 peratus dalam suku akhir 2021, peramal bersedia untuk berdepan pertumbuhan lemah dalam tiga bulan pertama tahun ini ketika negara mengatasi gelombang kes COVID baharu dan program bantuan kerajaan dihentikan.

    Penyusutan adalah lebih teruk daripada dijangka dan yang pertama sejak tahun 2020 apabila pandemik mencecah tahap paling teruk, tetapi Lydia Boussour daripada Oxford Economics berkata data ‘tidak kelihatan membimbangkan.’

    Jabatan Perdagangan berkata kemerosotan dalam KDNK adalah hasil daripada pelaburan inventori dan eksport yang berkurangan, serta peningkatan dalam import. – AFP

    Presiden Joe Biden bertemu dengan pemilik perniagaan kecil untuk membincang keadaan melambung perniagaan kecil di Rumah Putih di Washington pada 28 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...