Ekonomi Australia perlahan

SYDNEY, 6 Mac – Pertumbuhan ekonomi Australia hampir terhenti dalam separuh kedua tahun lalu, data rasmi menunjukkan hari ini, yang menjadikan isu kempen pilihan raya umum yang sudah pun menimbulkan perpecahan menjadi tumpuan.

Ekonomi tumbuh 2.3 peratus tahun lalu. Agensi statistik Australia berkata, namun sangat perlahan dalam separuh kedua tahun itu ketika perbelanjaan pengguna berkurangan dan kesuraman menyelubungi pasaran perumahan telah lama menguntungkan dan berkembang.

Pertumbuhan Oktober hingga Disember pada 0.2 peratus, selepas bacaan 0.3 peratus dalam tiga bulan sebelumnya. Data itu adalah kegagalan bagi Perdana Menteri konservatif Scott Morrison, yang mendasari kempen pemilihan semulanya dengan pengawasan terhadap ekonomi. – AFP