Ekonomi Brunei catat pertumbuhan positif
Oleh Imelda Groves HA BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Ekonomi Negara Brunei Darussalam terus berkembang pada kadar 1.2 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2017 selepas peningkatan sebanyak 0.7 peratus pada suku sebelumnya. Menurut kenyataan daripada Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), di sini, perkembangan ini dipacu oleh permintaan dalam negeri khususnya


































