Ekonomi China melantun semula

NEW YORK, 26 OGOS – China mula mendapat momentum untuk pemulihan ekonominya sekali gus membolehkan negara ini merapatkan jurangnya dengan ekonomi Amerika Syarikat (AS), memetik artikel, ‘China’s Economy, Bouncing Back, Gains on the US’ diterbitkan di Wall Street Journal kelmarin.

Menurut Agensi Berita Xinhua, China satu-satunya ekonomi utama yang dijangka berkembang tahun ini. JP Morgan baru-baru ini meningkatkan ramalan pertumbuhan China 2020 kepada 2.5 peratus berbanding 1.3 peratus pada April. Ahli ekonomi di Bank Dunia dan di tempat lain turut meningkatkan ramalan mereka.

China, ekonomi kedua terbesar di dunia dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, perlahan-lahan mengejar AS. Menurut ahli ekonomi, pemulihan yang pantas daripada wabak COVID-19 akan membantu mempercepatkan lagi proses itu.

Felow kanan ekonomi dan pembangunan global di Brookings Institution, Homi Kharas, berkata COVID-19 meletakkan ekonomi China pada landasan tepat untuk mencapai keseimbangan dengan AS pada 2028, dengan menggunakan dolar semasa, dua tahun lebih cepat berbanding anggaran pra-COVID-19.

“China akan bangkit lebih kuat sebagai ekonomi terbesar di dunia membangun,” kata Kharas. Kilang-kilang China yang pertama di dunia dibuka semula pada April, membantu China merebut pasaran perdagangan global. – Bernama