Ekonomi China papar tanda kelemahan baharu

BEIJING, 14 OGOS – Ekonomi China menunjukkan tanda-tanda tegang selanjutnya pada Julai dengan output di kilang-kilangnya jatuh ke tahap terendah dalam masa 17 tahun, sementara pelaburan dan jualan runcit juga perlahan, menurut data rasmi hari ini.

Jumlah itu adalah yang terbaharu menunjukkan bagaimana ekonomi kedua terbesar di dunia itu telah dihambat oleh perang perdagangan yang meningkat bersama AS dengan permintaan lemah global.

Output industri meningkat 4.8 peratus setahun pada Julai, menurun dari 6.3 peratus pada Jun dan menandakan perkembangan paling lemah sejak 2002.

Ia juga di tahap rendah 6 peratus yang diramalkan oleh ekonomis di kajian Bloomberg News.

“Memandangkan persekitaran luaran yang rumit dan serius serta tekanan memuncak ke atas ekonomi dalam negara, asas bagi pertumbuhan ekonomi yang sihat dan mapan masih perlu diperkukuhkan,” kata Liu Aihua, jurucakap wanita bagi Biro Statistik Negara, yang menyiarkan data itu.

Data juga menunjukkan pengguna China yang ramainya bilion itu juga menunjukkan tanda-tanda berjimat cermat.

Jualan runcit – yang sudah lama menjadi puncak cemerlang ekonomi – meningkat 7.6 peratus bulan lalu, menurun dari 9.8 peratus pada Jun. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 15 Mei lalu menunjukkan kakitangan China bekerja di sebuah kilang di Hangzhou, wilayah Zhejiang timur China. Ekonomi China menunjukkan tanda-tanda tegang pada Julai dengan output kilangnya jatuh di tahap terendah. – AFP