BEIJING, 15 April – Ekonomi China agak perlahan dalam suku pertama ketika kerajaan menangani risiko hutang dan kewangan, dengan pergeseran perdagangan China yang mengancam akan seterusnya mengekang pertumbuhan, menurut para penganalisis yang ditinjau oleh AFP.
Ekonomi kedua terbesar di dunia ini yang dijangka tumbuh 6.7 peratus dalam bulan Januari hingga Mac, menurun dari 6.8 peratus dalam suku ke-4 tahun lalu, menurut tinjauan ke atas 13 orang ahli ekonomi sebelum angka rasmi didedahkan pada Selasa ini.
Para penganalisis mengaitkan penyusutan dengan usaha Beijing untuk mengawal timbunan banyak hutang negara dan bahaya kewangan dan juga pasaran hartanah yang lembap.
Kebimbangan perang perdagangan dengan AS juga melanda pasaran-pasaran dalam beberapa minggu kebelakangan, dengan Washington dan Beijing berbalas-balas amaran tarif balas balik ke atas bahagian penting perdagangan dua hala mereka.

Namun ketegangan – yang dicetuskan oleh ancaman Presiden AS Donald Trump mingu lalu untuk mensasarkan tambahan AS$100 bilion dalam barangan China – belum mengakibatkan bahaya sebenar ke atas ekonomi, menurut para penganalisis.
“Ketegangan perdagangan tidak memberi impak pada pertumbuhan GDP lagi dan data perdagangan masih mantap,” kata Ligang Liu, ketua ahli ekonomi China di Citibank.
“Jika ketegangan berterusan, persaingan perdagangan China mungkin terjejas yang membebani pertumbuhan GDP,” tambah Liu.
Data perdagangan yang dikeluarkan oleh Beijing Jumaat mengukuhkan mesej itu dengan lebihan dagangan China dengan AS melonjak satu perlima dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. – AFP