Ekonomi China terus berkembang

BEIJING, 7 MAC – Eksport China berkembang pada tahap tertinggi dalam tempoh dua dekad, data rasmi menunjukkan hari ini, tatkala barangan import turut meningkat dengan pesat, kembali berkembang daripada penularan koronavirus yang telah menyebabkan aktiviti hampir terhenti sepenuhnya.

Eksport elektronik dan tekstil seperti penutup mulut dan hidung menyumbang kepada peningkatan bagi pengangkutan keluar, ketika permintaan bagi bekalan bertugas dari rumah dan kelengkapan perlindungan daripada virus semakin meningkat semasa pandemik.

Barangan eksport meningkat 60 peratus dari tahun ke tahun dalam tempoh Januari hingga Februari, berada di atas jangkaan analisis, sementara import meningkat 22.2 peratus, menurut data rasmi hari ini.

Angka terkini berada dalam kedudukan sebenar berbanding tahun lalu yang mencatatkan penurunan 17 peratus dalam eksport dan empat peratus penurunan dalam import.

Negara tersebut bergelut untuk membendung penularan COVID-19 pada peringkat awal, dengan pengguna terpaksa kekal berada di rumah dan peniagaan dilihat dalam keadaan lembap dan kini mula beroperasi.

Pentadbiran kastam berkata perbandingan tahun lalu juga berkemungkinan memacu angka terkini dan berkata kadar rendah adalah salah satu sebab bagi peningkatan besar tahun ini.

Hari ini, data rasmi menunjukkan bahawa eksport elektronik meningkat 54.1 peratus, sementara tekstil termasuk penutup mulut dan hidung melonjak 50.2 peratus.

Perdagangan secara keseluruhan China berada di kedudukan AS$103.3 bilion, menurut pentadbiran kastam. – AFP