Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Ekonomi digital Malaysia meningkat 23 peratus

-

KUALA LUMPUR, 3 DIS – Pertumbuhan ekonomi digital Malaysia semakin meraih momentum dengan pendapatan e-dagang meningkat kepada AS$190 bilion, peningkatan 23 peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas. 

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pendigitalan sentiasa menjadi kepentingan strategik kepada Malaysia dalam usaha negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif. 

Pada 2020, ekonomi digital Malaysia membentuk 22 peratus daripada keluaran dalam negara kasar negara dan dijangka mewujudkan kira-kira 500,000 peluang pekerjaan menjelang 2025.

“Jadi kami mendekati pendigitalan secara strategik, kami menjalin kerjasama dengan sektor swasta, memberi dorongan kepada rakyat untuk menerima guna digital serta menyediakan geran dan bantuan kepada perniagaan kecil agar mereka mendapat manfaat daripada e-pembayaran dan meluaskan capaian pelanggan mereka di platform elektronik,” katanya pada Forum Infiniti Maya di terminal Bloomberg. 

Sejajar dengan ini, katanya, Malaysia juga menyaksikan penyelesaian pembayaran digital negara berkembang dengan ketara tahun lepas, mencatatkan peningkatan 664 peratus dalam pendaftaran peniaga. 

“Institusi kewangan, terutamanya daripada sektor swasta juga merayu kerajaan agar meningkatkan pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melangkaui daripada pembiayaan kepada penyelesaian terbuka dengan mendigitasikan sepenuhnya operasi PKS.

“Ia satu pembaziran sekiranya apa yang kita dapat daripada pendigitalan hanyalah cara yang mudah untuk mengurusniagakan barangan dan perkhidmatan,” katanya.

Tengku Zafrul juga berkata walaupun tidak ada negara yang tidak terkesan dengan pandemik COVID-19, kemajuan dalam kesediaan digital dan impak meluas teknologi telah membolehkan Malaysia menangani dengan lebih baik lagi kesan getir daripada sekatan pergerakan penuh dan mengelakkan kesan lebih mendalam terhadap ekonomi. –Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -