Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Ekonomi Filipina berkembang melebihi jangkaan

    MANILA, 9 NOV – Ekonomi Filipina berkembang lebih pantas daripada jangkaan pada suku ketiga, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini, tetapi kerajaan memberi amaran bahawa inflasi masih menjadi ‘cabaran utama’.

    Pertumbuhan 5.9 peratus pada tahun ini meningkat daripada 4.3 peratus dalam tiga bulan sebelumnya dan jauh lebih baik daripada 4.7 peratus yang diramalkan dalam tinjauan Bloomberg.

    Peningkatan mendadak dalam perbelanjaan kerajaan merupakan pemacu utama dalam lonjakan terkini, menurut data Lembaga Perangkaan Filipina.

    Bagaimanapun, inflasi yang tinggi dan siri kenaikan kadar faedah di mana bank pusat telah menaikkan kadar sebanyak 450 mata asas sejak Mei 2022, telah menjejaskan pertumbuhan dalam perbelanjaan isi rumah, yang perlahan untuk dua suku berturut-turut, kepada 5 peratus. – AFP

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...