Ekonomi Filipina Q1 menyusut 4.2 peratus

MANILA, 11 MEI – Ekonomi Filipina menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini berikutan dengan sekatan koronavirus yang telah menjejaskan sektor pembuatan, tetapi seorang pegawai tinggi mengatakan terdapat tanda-tanda negara itu sedang mengalami pemulihan.

Produk domestik kasar menguncup 4.2 peratus dari tahun lalu, kata pihak berkuasa statistik, menandakan penurunan suku kelima berturut-turut ketika usaha memerangi COVID-19 menjejaskan lagi sektor ekonominya.

Jumlah jangkitan telah mencecah satu juta di Filipina – jumlah jangkitan tertinggi kedua di Asia Tenggara – di mana pihak berkuasa telah mengenakan perintah berkurung untuk meredakan penularan jangkitan. Tetapi langkah-langkah tersebut membuat jutaan orang tidak bekerja dan memaksa perniagaan untuk mengurangkan operasi.

“Prestasi ekonomi terkini menunjukkan pemulihan tanpa pelonggaran peraturan untuk mengekang COVID-19,” kata Setiausaha Perancangan Sosioekonomi Karl Chua pada sidang media. – AFP