Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Ekonomi global hampir meleset

    WASHINGTON, 14 OKT – Ekonomi global semakin menjerumus kepada kemelesetan apabila kadar inflasi kekal tinggi, kadar faedah meningkat dan beban hutang bagi negara-negara membangun semakin meningkat, kata Presiden Bank Dunia David Malpass pada Khamis.

    “Kami telah menurunkan unjuran pertumbuhan 2023 daripada tiga peratus kepada 1.9 peratus bagi pertumbuhan global, yang dilihat semakin hampir dengan kemelesetan dunia,” kata Malpass pada sidang media semasa mesyuarat tahunan IMF dan Bank Dunia.

    “Masalah inflasi, kadar faedah meningkat dan pemotongan aliran modal terhadap negara membangun menjejaskan golongan miskin dengan teruk,” katanya sambil menekankan peningkatan hutang bagi negara membangun.

    “Kemelesetan dunia boleh berlaku dalam keadaan tertentu,” kata Malpass.

    Dalam kajian yang diterbitkan pada pertengahan September, Bank Dunia memberi amaran bahawa apabila bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah sebagai tindak balas kepada inflasi, dunia mungkin menuju ke arah kemelesetan global pada 2023, dengan ramalan pertumbuhan hanya sebanyak 0.5 peratus. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...