Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Ekonomi global tumbuh 2.9 peratus 2023

    KUALA LUMPUR, 7 OKT – Ekonomi global dijangka menyederhana sebanyak 2.9 peratus pada 2023 berikutan pertumbuhan ekonomi maju dan negara yang berkembang pesat dan sedang membangun (EMDE) yang lebih perlahan daripada jangkaan.

    Pertumbuhan ekonomi maju dijangka terus menyederhana kepada 1.4 peratus, menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2023 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) hari ini. 

    Ekonomi Amerika Syarikat (AS) diunjur mencatat pertumbuhan sebanyak satu peratus disebabkan oleh penggunaan swasta yang lemah dengan inflasi terus melebihi sasaran dua peratus yang ditetapkan Rizab Persekutuan AS.

    “Pertumbuhan di kawasan euro juga dijangka menyederhana kepada 1.2 peratus berikutan bekalan tenaga yang terhad akan terus menjejaskan aktiviti ekonomi,” menurut MoF.

    Pertumbuhan EMDE diunjur meningkat secara marginal sebanyak 3.9 peratus pada 2023 disokong oleh peningkatan penggunaan swasta dan eksport.

    Ekonomi China pula dijangka berkembang 4.6 peratus didorong oleh permintaan domestik yang kukuh berikutan rangsangan fiskal.

    Sementara itu, pertumbuhan ASEAN-5 diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus disokong oleh peningkatan berterusan dalam penggunaan domestik dan pelaburan swasta. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...