Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Ekonomi India berkembang 8.4 peratus

-

NEW DELHI, 1 DIS – India mencatat pertumbuhan ekonomi 8.4 peratus pada suku Julai-September dalam petanda terbaharu pemulihan ekonomi dalam ekonomi ketiga terbesar di Asia, lapor kerajaan semalam.

India berdepan salah satu halangan terbesar yang dialami mana-mana ekonomi besar dalam tahun fiskal lalu.

Dalam suku yang sama setahun sebelumnya, ekonomi menguncup sebanyak 7.4 peratus, terjejas teruk oleh kenaikan kes COVID-19 dan sekatan ketat di seluruh negara, dengan sekatan dikenakan beberapa bulan sekali gus memberi tamparan hebat kepada aktiviti ekonomi.

Selepas peningkatan mendadak dalam kes virus yang dicetuskan oleh varian Delta pada awal tahun ini, situasi telah bertambah baik dalam beberapa bulan ini. Sektor seperti perladangan dan perlombongan mencatat prestasi kukuh dan membantu memimpin pertumbuhan yang dicatat dalam suku Julai-September, kata pakar.

Ekonomi berkembang pada kadar 20.1 peratus dalam suku April-Jun, pertumbuhan paling pesat sejak India menyiarkan angka KDNK pada 1996. Namun ahli ekonomi mengingatkan bahawa pertumbuhan dikira daripada julat angka lebih kecil 2020, apabila ekonomi mengecut 24.4 peratus pada April-Jun, jus-teru mendorong negara mengalami kemelesetan.

Sesebuah negara akan mengalami kemelesetan jika ekonominya mengecut untuk dua suku berturut-turut.

Pada 2020-21, pertumbuhan India menguncup 7.3 peratus, lebih teruk daripada kemelesetan yang mengurangkan pertumbuhan kepada 4 peratus daripada 8 peratus dalam tempoh dua tahun sebelum pandemik melanda. – AP

Pekerja India bekerja di tapak pembinaan jejambat di Jammu, India pada 30 November. Ekonomi India berkembang 8.4 peratus dalam suku Julai-September, umum kerajaan kelmarin. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -