Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekonomi Indonesia berkembang pesat

    JAKARTA, 5 Mei – Pertumbuhan Indonesia berkembang pesat dalam suku pertama disebabkan eksport yang meningkat, data menunjukkan hari ini, tetapi prospek untuk pemulihan di ekonomi teratas Asia Tenggara adalah suram.

    Presiden Joko Widodo menerajui tampuk pentadbiran pada 2014 berdasarkan janji untuk merangsang pertumbuhan kepada tujuh peratus tetapi kerajaannya telah bergelut untuk menambah kadar di negara tersebut, yang kaya dalam sumber tetapi mengalami satu kemelesetan dalam harga komoditi.

    Ekonomi bertumbuh 5.01 peratus pada Januari-Mac, naiks edikit daripada 4.94 peratus pada suku sebelumnya, menurut agensi statistik.

    Eksport bertambah 20.8 peratus, dan bertumbuh 1.33 peratus berbanding tiga bulan sebelumnya, kata ketua agensi statistic Suhariyanto, yang menggunakan satu nama.

    Pertambahan berlaku di sebalik kenaikan dalam harga beberapa eksport makanan, seperti teh dan udang, menurut agensi statistik, sementara keadaan yang lebih baik di destinasi utama seperti China dan Amerika Syarikat juga membantu.

    Dua orang pekerja di sebuah kedai jahit di Jakarta sedang menyiapkan tempahan untuk Hari Raya Aidilfitri, kelmarin. Pertumbuhan ekonomi Indonesia berkembang pesat dalam suku pertama disebabkan peningkatan eksport tetapi prospek pemulihannya suram. – AFP
    Dua orang pekerja di sebuah kedai jahit di Jakarta sedang menyiapkan tempahan untuk Hari Raya Aidilfitri, kelmarin. Pertumbuhan ekonomi Indonesia berkembang pesat dalam suku pertama disebabkan peningkatan eksport tetapi prospek pemulihannya suram. – AFP

    Bagaimanapun, firma pakar runding Capital Economics berkata harga arang batu dan minyak kelapa sawit yang merosot, eksport utama negara, juga membebani pertumbuhan.

    “Melihat ke depan, dengan harga komoditi kekal meleset dan pertumbuhan kredit dijangka lemah, kami menjangka pertumbuhan akan kekal pada kira-kira lima peratus dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” kata Gareth Leather daripada Capital Economics.

    Pertumbuhan di Indonesia tidak berubah pada kira-kira lima peratus dalam tempoh tiga tahun lalu, di bawah 5.8 peratus yang dicatat sejak satu dekad lalu, menurut firma pakar runding yang berpangkalan di London itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda