Ekonomi Islam mampu tangani jurang perbezaan

IPOH, 18 Julai – Jurang perbezaan pendapatan dalam kalangan masyarakat mampu ditangani menerusi sistem ekonomi Islam, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar.

Sebagai contoh, katanya, kad skor Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang akan dilancarkan Bank Negara Malaysia pada Oktober ini merupakan salah satu cara bagi menyelesaikan jurang tersebut.

Kad skor VBI itu adalah bertujuan untuk menilai perkembangan sejauh mana institusi perbankan Islam melaksanakan inisiatif VBI dalam perniagaannya berasaskan tiga teras utama iaitu sosial, kewangan dan persekitaran. – Bernama