Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Ekonomi Jerman suku ke-4 susut pada perkadaran lebih kecil

    BERLIN, 25 FEB – Ekonomi Jerman menyusut pada kadar yang lebih kecil pada suku keempat tahun lalu berbanding jangkaan awal, walaupun berdepan masalah rantaian bekalan dan pandemik COVID-19, menurut data rasmi yang didedahkan hari ini.

    Keluaran dalam negara kasar bagi ekonomi tertinggi Eropah itu susut 0.3 peratus dalam tiga bulan terakhir 2021 berbanding suku sebelumnya, kata pejabat perangkaan persekutuan, Destatis.

    Destatis pada Januari lalu melaporkan penurunan sebanyak 0.7 peratus dalam perbandingan suku ke suku.

    Peningkatan pada suku keempat muncul 1.8 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

    Kekurangan bahan mentah dan komponen telah menjejaskan industri, terutamanya sektor automotif yang menyaksikan penurunan jualan sebanyak 10.1 peratus pada 2021, kerana kekurangan cip semikonduktor menyebabkan banyak kilang ditutup buat sementara waktu.

    Tambahan pula, lonjakan harga tenaga, terutamanya bagi gas dan petrol, turut menjejaskan sektor pembuatannya.

    Sementara itu, sekatan kerajaan untuk membendung gelombang keempat wabak koronavirus mengurangkan permintaan untuk perkhidmatan dan jualan runcit.

    Jerman merancang untuk membatalkan kebanyakan peraturan wabaknya pada bulan Mac, yang dijangka oleh pakar ekonomi akan membantu pertumbuhan suku pertama pulih, tetapi mungkin tidak mencukupi untuk mengelak kemelesetan teknikal, kata Bank Pusat Bundesbank baru-baru ini.

    Kemelesetan ditakrifkan sebagai penguncupan ekonomi dua suku berturut-turut.

    Manakala pemulihan musim bunga yang berpotensi mungkin dihalang oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan sekatan ketat oleh Barat yang dikenakan terhadap Moscow. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...