Ekonomi Malaysia susut 17.1 peratus

KUALA LUMPUR, 14 OGOS – Ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus dalam suku kedua 2020, penyusutan dua angka bagi suku yang terburuk sejak 1998 berikutan pelaksanaan perintah kawalan tidak dijangkakan bagi membendung penularan COVID-19 dan menyaksikan ekonomi hampir tidak bergerak.

Pada suku keempat 1998, Malaysia mencatatkan penyusutan dua angka sebanyak 11.2 peratus dan pada suku kedua 2019, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 4.9 peratus.

Bagi suku ini, semua sektor-sektor perkhidmatan, perlombongan dan kuari dan pembinaan masing-masing susut 16.2 peratus, 18.3 peratus, 20 peratus dan 44.5 peratus, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin hari ini. Sektor pertanian bagaimanapun mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.0 peratus.

Susulan pertumbuhan kecil sebanyak 0.7 peratus bagi suku pertama tahun ini, KDNK bagi separuh pertama mencecah -8.3 peratus berbanding 4.7 peratus dalam separuh pertama tahun lepas, kata beliau pada sidang media hari ini.

Hadir sama ialah Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Di peringkat serantau, Singapura mencatatkan penyusutan KDNK sebanyak 12.6 peratus manakala Filipina menguncup 16.5 peratus dan Indonesia susut pada 5.3 peratus.

Ekonomi juga dijangka pulih dan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5 pe-ratus kepada 8 peratus pada tahun 2021. – Bernama