Ekonomi Perancis dijangka kembali pulih

PARIS, 8 JULAI – Pejabat statistik Perancis mengeluarkan data tinjauan hari ini yang menunjukkan terdapatnya kemungkinan ekonomi negara boleh kembali ke tahap pra-koronavirus menjelang akhir tahun ini.

INSEE mengeluarkan ramalan ekonomi yang dikemas kini untuk tahun ini yang menyaksikan pemulihan 19 peratus yang kukuh dalam produk domestik kasar pada suku yang bermula pada bulan Julai dan kemudian peningkatan kecil pada suku keempat.

Walaupun demikian, dengan pengeluaran yang terjejas semasa pe-rintah lockdown yang berlangsung dari bulan Mac hingga Mei, ekonomi Perancis mencatatkan penurunan sembilan peratus untuk tahun ini dan dikatakan penurunan paling teruk sejak akaun kebangsaan mula disusun pada tahun 1948.

Ramalan itu bagaimanapun lebih optimis daripada ramalan kerajaan Perancis sebanyak 11 peratus, 10 peratus bank pusat Perancis, dan 10.6 peratus Suruhanjaya Eropah.

INSEE menyatakan, bagaimanapun, bahawa memandangkan ketidakpastian mengenai evolusi keadaan kesihatan dan juga kesan yang lebih besar terhadap ekonomi, ramalan harus dipertimbangkan dengan berhati-hati. Pejabat statistik meninjau kira-kira 38,000 syarikat pada separuh pertama bulan Jun membincangkan bilakah mereka menjangkakan aktiviti perniagaan akan kembali ke tahap sebelum krisis. – AFP