Ekonomi Thailand mengecut, harap pemulihan pantas

BANGKOK, 15 NOV – Ekonomi Thailand mengecut pada suku ketiga, menurut data rasmi hari ini, namun berharap bagi pemulihan beransur-ansur meningkat selepas kerajaan itu dibuka semula kepada pelancong asing bulan ini.

Negara itu tahun lalu mengalami prestasi paling teruk sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1997, dengan 6.1 peratus ekonomi mengecut.

Keluaran dalam negara kasar berkurang 0.3 peratus tahun ke tahun dalam suku ketiga, kata Pejabat Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Nasional (NESDC), menyalahkannya ke atas sekatan pergerakan COVID-19.

“Langkah untuk mengawal penularan telah menjejaskan aktiviti ekonomi,” kata Danucha Pichayana, setiausaha agung bagi lembaga NESDC, hari ini semasa sidang berita.

Penularan wabak pada April tahun ini menyaksikan kemunculan varian Delta yang mudah berjangkit, yang membawa kepada sekatan ketat ke atas perkhidmatan dan restoran-restoran.

Menurut data NESDC, sektor perkhidmatan makanan dan penginapan menurun 18.6 peratus pada Julai hingga September kerana ‘penurunan dalam pelancongan domestik dan perbelanjaan seisi rumah’. – AFP