Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ekonomi Thailand pulih tahun lalu

    BANGKOK, 21 FEB – Ekonomi Thailand kembali pulih pada suku keempat tahun lalu berikutan peningkatan eksport dan kelonggaran dalam sekatan koronavirus yang membenarkan pelancong pulang, kata pegawai kanan, hari ini.

    Perkembangan sebanyak 1.9 peratus setahun adalah dua kali ganda lebih daripada yang diramalkan dan menandakan lantunan yang kuat selepas penguncupan 0.2 peratus dalam tiga bulan sebelumnya.

    Sementara itu, bagi sepanjang tahun ekonomi tumbuh sebanyak 1.6 peratus, menurut Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara, dan juga telah mengatasi jangkaan yang dibuat.

    Manakala ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara tersebut telah terjejas dengan 6.1 peratus pada 2020, menjadikannya prestasi ekonomi terburuk sejak Krisis Ekonomi Asia pada 1997.

    NESDC berkata ia menyaksikan pertumbuhan 3.5 sehingga 4.5 peratus tahun ini apabila pelancongan semakin meningkat dan perbelanjaan kerajaan bermula.

    Setiausaha Agung Majlis, Danucha Pichayanan berkata pembukaan semula sempadan kepada pelancong asing yang telah mendapatkan vaksin sepenuhnya pada November telah menunjukkan sedikit impak.

    Hampir 500,000 pelancong telah melawat sejak November, jauh daripada sasaran negara sebanyak lima juta tetapi ketibaan itu memberikan sokongan yang amat diperlukan kepada ekonomi.

    Pembukaan semula itu dilanda dengan teruk pada Disember oleh varian COVID-19, Omicron yang menular dengan pantas. NESDC berkata ia menjangkakan inflasi 1.5 sehingga 2.5 peratus untuk tahun ini. – AFP

    Seorang wanita warga Thailand tertidur sambil menunggu pelanggan di gerai tepi jalan di Bangkok. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...