Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ekonomi UK merosot dua bulan berturut-turut

    LONDON, 13 JUN – Hasil pengeluaran ekonomi Britain merosot bagi bulan kedua berturut-turut pada April lalu disebabkan beban inflasi yang tinggi selama beberapa dekad, menurut data rasmi yang ditunjukkan kelmarin.

    Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jatuh kepada 0.3 peratus pada April lalu selepas kejatuhan 0.1 peratus pada Mac, menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) dalam satu kenyataan.

    Pengeluaran dalam sektor perkhidmatan dan pembinaan telah jatuh buat kali pertama secara serentak dengan menyumbang secara negatif kepada anggaran KDNK bulanan sejak Januari 2021”, tambah ONS.

    ONS juga menyatakan bahawa “perniagaan terus melaporkan kesan kenaikan harga dan kekurangan rantaian bekalan”. Data itu datang ketika Bank of England bersedia bagi menaikkan kadar faedah utamanya pada mesyuarat kelima berturut-turut Khamis nanti dalam usaha bagi meredakan kadar kenaikan harga.

    Inflasi didorong oleh kenaikan harga makanan dan tenaga apabila ekonomi dibuka semula daripada penutupan pandemik dan berikutan pencerobohan Ukraine oleh pengeluar minyak dan gas utama, Rusia.

    Inflasi tahunan UK turut kekal seba-nyak sembilan peratus, paras tertinggi dalam 40 tahun. – AFP

    Krisis kos sara hidup meningkat apabila inflasi UK berada pada paras tertinggi dalam empat dekad yang turut didorong oleh lonjakan harga minyak dan gas. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...