Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Ekonomi UK susut suku ketiga

    LONDON, 11 NOV – Ekonomi Britain menyusut dalam suku ketiga, menurut data yang keluar hari ini, kemungkinan mengesahkan ia telah pun mengalami kemelesetan.

    Keluaran menyusut 0.2 peratus dalam tempoh Julai hingga September, susulan peningkatan dalam suku kedua, kata Pejabat Statistik Nasional (ONS) dalam satu kenyataan.

    Bank England (BoE) berkata pada minggu lalu ekonomi UK juga dijangka menguncup dalam suku akhir, bermakna ekonomi telah pun mencatat kemelesetan.

    BoE juga mengingatkan bahawa ekonomi Britain mungkin meleset sehingga pertengahan 2024.

    Data pada hari ini keluar selepas pengumuman bajet baharu oleh kerajaan Perdana Menteri Rishi Sunak semalam ketika beliau menimbang mengembalikan kestabilan politik dan ekonomi kepada UK.

    Selain kemelesetan, Britain juga mengalami krisis kos sara hidup dengan inflasi mencecah tahap tinggi empat dekad melebihi 10 peratus.

    Negara itu juga berdepan mogok pada musim sejuk ketika pekerja dalam sektor awam dan swasta menuntut kenaikan gaji untuk mengatasi inflasi.

    “Kenaikan mendadak dalam minyak dan harga pengguna lain telah menyumbang kepada krisis perbelanjaan keluarga, yang dijangka mendorong ekonomi UK mengalami kemelesetan bermula suku ketiga tahun ini,” kata Yael Selfin, ketua ahli ekonomi di KPMG UK. – AFP

    Tanda harga menunjukkan kos tomato di sebuah gerai buah-buahan dan sayur-sayuran di pasar Walthamstow, timur London. Ekonomi Britain menyusut dalam suku ketiga, menurut data kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...