Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

Ekpresi nostalgia lapangan terbang melalui seni

-

GAZA – Mohammed Qureiqa, seorang artis yang berpangkalan di Gaza berdiri di hadapan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang musnah di selatan Semenanjung Gaza, diselubungi perasaan sedih dan hairan dengan nasib ‘tempat impian’ untuk warga Gaza.

“Saya telah mendengar banyak tentang lapangan terbang di Gaza, tetapi saya belum pernah ke sini sebelum ini,” kata artis berusia 23 tahun itu kepada Xinhua.

“Saya telah membayangkan bagaimana rupa tempat ini dalam imaginasi saya, ada seorang wanita tua menunggu giliran untuk menaiki pesawat.”

Setakat ini, lapangan terbang Gaza masih tidak berfungsi dan ia membuatkan pemuda itu marah.

“Ini tidak adil kerana rakyat Gaza dilucutkan hak mereka untuk memiliki lapangan terbang sendiri, yang memberi mereka kebebasan perjalanan,” katanya.

Orang ramai melawat pameran ‘Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza’ anjuran Yayasan Tamer untuk Pendidikan Komuniti di Kota Gaza. – Xinhua

Qureiqa menterjemahkan perasaannya terhadap ‘lapangan terbang yang musnah’ ke dalam lukisan yang menggambarkan keadaan rakyat Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza.

Dalam salah satu karyanya, Dia melukis tiga beg pakaian bertindih yang dikelilingi oleh penghalang besar dengan duri.

Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza bermula pada penghujung Januari 1996 apabila bekas Presiden Yasser Arafat memutuskan untuk meletakkan batu asas bagi bangunan negara ini, dan ia dibuka pada 1998.

Lapangan terbang itu, terletak di kawasan seluas 235 hektar, terletak di Gabenor Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Ia direka untuk menerima pesawat Boeing 747 yang besar, dan termasuk terminal dengan keluasan empat ribu meter persegi, menampung lebih daripada 750,000 penumpang setahun dengan kemungkinan pengembangan.

Bagaimanapun, ia berhenti beroperasi pada 2001, selepas tentera Israel merosakkannya akibat ketegangan tentera dengan Palestin. Ia telah musnah sepenuhnya pada tahun 2006, berikutan penangkapan askar Israel Gilad Shalit pada tahun 2005.

Qureiqa bukan satu-satunya artis yang meluahkan nostalgia tentang lapangan terbang Gaza melalui lukisan. Jihad Jarbou, turut menjelmakan perasaannya dengan mencipta arca besi beg perjalanan yang tertutup rapat.

“Selama bertahun-tahun, apabila seseorang merancang untuk melancong, saya mendengar saudara-mara saya berkata bahawa bawa saya bersama awda dalam beg, untuk menyatakan kesukaran perjalanan dari Gaza,” kata Jarbou, 22, kepada Xinhua.

“Saya pernah melakukan banyak perjalanan, dan apabila saya mendarat di lapangan terbang di negara lain, saya sedih kerana kami dilucutkan berada di lapangan terbang kami sendiri,” tambah Jerboa. – Xinhua

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -