Eksekutif jualan rugi hampir RM4,000
MIRI, 29 Jan – Gara-gara panik, seorang eksekutif jualan kerugian RM3,999.62 setelah diperdayakan oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai kakitangan Bank Negara Malaysia semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang lelaki berusia 36 tahun dihubungi suspek memperkenalkan diri dengan nama Khoo Waiy Keat yang menghubungi mangsa

































