Thursday, April 24, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksesais Mertak Bersatu, MALBRU Setia berakhir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Upacara penutupan rasmi Eksesais Mertak Bersatu Siri 11/2018 yang melibatkan gabungan Platun Mertak daripada tiga unit Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan gabungan daripada 3 Briged, 5 Briged dan 9 Briged dari Tentera Darat Malaysia (TDM) telah diadakan di Lapang Sasar Kota Belud, Sabah, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi upacara tersebut ialah Panglima TDM, Jeneral Datuk Seri Panglima Haji Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi dan Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Khairul Hamed bin Haji Lampoh.

    Kenyataan yang dikeluarkan hari ini menyebutkan upacara perbarisan penutupan diteruskan dengan perlucutan toha yang disempurnakan oleh kedua-dua tetamu kehormat dan diikuti dengan penyampaian ucapan serta pertukaran cenderahati di antara Pemerintah TDDB dan Panglima TDM, dan diakhiri dengan bacaan doa serta bergambar ramai.

    Manakala, upacara penutupan rasmi Eksesais MALBRU Setia Siri 14/2018 yang melibatkan anggota-anggota daripada Kompeni C Batalion Kedua TDDB bersama Batalion 20, Rejimen Askar Melayu Diraja turut diadakan hari ini di Ladang SOP Galasah, dengan dihadiri oleh Pemerintah TDDB dan Panglima TDM.

    Kenyataan menambah, kedua-dua eksesais ini adalah untuk membolehkan integrasi pergerakan anggota tentera darat bagi meningkatkan lagi tahap interoperabiliti dan juga memberi pe-luang untuk melatih dan meningkatkan kemahiran anggota tentera di kedua-dua negara dalam perancangan dan pelaksanaan bantuan tembakan bersama.

    Eksesais MALBRU Setia merupakan acara tahunan di mana Malaysia dan Negara Brunei Darussalam secara bergilir-gilir menjadi tuan rumah.

    Manakala, Eksesais Mertak Bersatu merupakan eksesais yang dikendalikan oleh TDM pada setiap dua tahun sekali di Kota Belud, Sabah.

    Anggota-anggota TDDB dan TDM bergambar ramai semasa upacara penutupan rasmi Eksesais MALBRU Setia, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda