Ekspatriat tanggungan membuka akuan bank sendiri

Saya ingin memohon agar ekspatriat tanggungan dapat membuka akuan bank mereka sendiri di mana-mana bank di negara ini.

Kebanyakan kita, walaupun bergantung kepada pasangannya yang bekerja di sini, namun masih mempunyai sumber kewangan yang tersendiri dan ingin memegang serta mengendalikan akuan bank peribadi. Perkara ini akan membantu kami untuk pemindahan dana kepada ahli keluarga semasa situasi kecemasan sekali gus dapat membantunya.

Ekspatriat yang memegang visa tanggungan tidak mempunyai bukti alamat Brunei yang tetap seperti penyata bank atau bil telefon/telefon bimbit. Saya berharap pihak berkuasa boleh melihat perkara ini. – Santhana Kumar