Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspedisi belia Kg Tanjong Maya

    20 tahunTUTONG, 30 Januari-5 Februari 1997 – Seramai 12 orang belia dari Kampung Tanjong Maya, Tutong telah berjaya membuat satu ekspedisi menuju ke Batu Lawi, Ulu Limbang, Sarawak selama tiga hari.

    Ekspedisi tersebut merupakan antara aktiviti belia kampung berkenaan sebagai mengisi masa lapang terutama di musim cuti persekolahan.

    Aktiviti itu dianjurkan oleh Awang Roslan bin Abdul Rani dan dibantu oleh Awang Hamdani Haji Junaidi. Perjalanan mereka menggunakan kenderaan khusus pacuan empat roda yang sengaja diubah suai, berbekalkan minyak dan makanan secukupnya.

    Mereka bertolak pada pukul 8 pagi dari Kampung Tanjong Maya dan menuju ke Bandar Limbang, perjalanan ini mengambil masa tiga jam. Setiba mereka di daerah tersebut, mereka menjemput tujuh orang pegawai berpengalaman yang menjadi jurupandu untuk meneruskan ekspedisi.

    m9 E (4)_110217

    Perjalanan diteruskan pada pukul 11:30 pagi dan 11 jam kemudian barulah mereka sampai di destinasi. Di sepanjang perjalanan itu, berbagai-bagai lurah dan cerun mereka redahi. Daripada padang rumput, tanah kuning hinggalah kepada anak-anak sungai serta bukit-bukau yang curam.

    Tidak dinafikan kenderaan mereka juga ada mengalami kerosakan namun dapat diatasi dengan baik. Rombongan ini bermalam di perkarangan Bukit Lawi dengan mendirikan khemah yang dibina sendiri dan beredar ke atas bukit di hari keduanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda