Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Ekspedisi Defender ke KK meriah

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Indera Motors Brunei, selaku pengedar sah tunggal kenderaan Land Rover di Brunei, telah berjaya menyelenggarakan Jelajah Defender ke Kota Kinabalu yang membawa peminat pengembaraan dalam perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui landskap Kota Kinabalu yang menakjubkan.

    Ekspedisi empat hari itu, yang diketuai oleh Defender Champion, Pengiran Muhammad Nizem bin Pengiran Haji Metassan telah mempamerkan keupayaan cemerlang Defender.

    Jelajah Defender, berlangsung dari 31 Ogos hingga kelmarin, menghimpunkan konvoi 10 kenderaan Defender, setiap satu dipandu oleh pemilik Defender yang bersemangat untuk menerokai rupa bumi yang menakjubkan di Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya.

    Acara itu dirasmikan oleh Pengurus Besar Indera Motors, Alfred Yong Foh Sen, dan Pengurus Jualan, Hairol Ajak.

    Alfred Yong semasa merasmikan acara tersebut mengucapkan terima kasih kepada peserta dan rakan media yang memainkan peranan penting dalam menjayakan jelajah berkenaan.

    Jelajah meliputi laluan luas yang menjangkau dari kawasan berbukit Tambunan, Ranau, Kundasang dan Gunung Alab.

    Gambar ramai peserta yang menyertai Jelajah Defender ke Kota Kinabalu baru-baru ini.- Gambar serahan Indera Motors
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...