Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Ekspedisi kayak semarakkan semangat patriotisme

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Dalam sama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 (HK39), Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Persatuan CARE telah menganjurkan Ekspedisi Kayak Kemerdekaan HK39 yang bermula hari ini hingga esok.

    Ekspedisi tersebut dianggarkan berkejauhan kira-kira 37km bermula dari Kampung Sungai Besar, Daerah Brunei dan Muara hingga ke Pekan Bangar, Temburong menyusuri Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS).

    Ekspedisi berkenaan telah dilancarkan oleh Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS, Haji Zakaria bin Haji Serudin dengan penyerahan bendera besar kepada ketua ekspedisi iaitu Jurulatih OBBD, Awang Jamil bin Haji Jemahat.

    Acara tersebut disertai oleh seramai 38 pekayuh yang mana 15 daripadanya adalah dalam kalangan belia.

    Antara lain objektif ekspedisi tersebut diadakan adalah untuk menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta dengan harapkan agar dapat mensyukuri pembangunan negara khususnya Jambatan SOAS yang menghubungkan Bandar Seri Begawan dan Daerah Temburong yang kaya dengan alam semula jadi yang merupakan khazanah negara yang tidak ternilai di rantau ini.

    Para peserta ekspedisi kayak bergambar ramai bersama Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS. – Gambar serahan OBBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...