Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Ekspedisi rasai keterujaan pemanduan Jimny

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Seramai 15 pemilik kereta Suzuki Jimny telah berlepas ke Sabah, Kota Kinabalu hari ini bagi mengikuti acara konvoi Journey with Jimny anjuran Suzuki Brunei (Boustead Sdn Bhd) selaku pengedar tunggal kereta Suzuki di Negara Brunei Darussalam.

    Acara pelepasan konvoi berkenaan berlangsung di Bilik Pameran Suzuki, Gadong dan disempurnakan oleh Pengurus Jualan dan Operasi, Tan Teck Hock.

    Pengurus Pemasaran Suzuki Brunei, Awang Adehelmie bin Jaafar berkata, acara tersebut dianjurkan secara eksklusif untuk pemilik dan peminat Jimny. Ekspedisi memberikan peluang kepada mereka untuk merasakan pengembaraan yang lasak, ditambah dengan pemandangan landskap yang menarik di sepanjang perjalanan memberikan pengalaman untuk ristaan.

    Sepanjang acara itu, peserta akan mengadakan lawatan ke Kundasang, mengunjungi Pulau Manukan, melawat kandang sapi dan menikmati masakan masyarakat setempat yang lazat.

    Acara tersebut diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pemilik kereta Jimny, kata Awang Adehelmie.

    Menurut kenyataan, Suzuki Brunei komited untuk memberikan pengalaman yang menarik kepada pelanggannya khususnya para pemilik Jimny. Ini adalah satu peluang kepada mereka untuk mengetahui kehebatan kereta yang dikenali tahan lasak dalam apa jua keadaan jalan.

    Tan Teck Hock semasa merasmikan acara pelepasan konvoi, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...