Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ekspedisi Santai Berbasikal dapat sambutan meriah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai amalan gaya sihat dari segi pemakanan dan kegiatan fizikal, satu acara Ekspedisi Santai Berbasikal di bawah program Happy Environment and Lifestyle (HEAL) telah diadakan di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor, hari ini.

    Hadir semasa ekspedisi anjuran Pusat Promosi Kesihatan (PPK), Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Kampung Panchor itu ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Turut hadir ialah Pegawai Pelajaran Kesihatan, Waajidun Ni’am bin Haji Dollah.

    Ekspedisi sejauh 24km itu juga bertujuan sebagai satu wadah bagi mengeratkan hubungan antara ahli jawatankuasa dan penduduk kampung tersebut dalam sama-sama menganjurkan aktiviti-aktiviti kesihatan tanpa mengira usia bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas daripada penyakit.

    Kementerian Kesihatan ber- harap dengan adanya program seumpama itu, orang ramai dapat berganding bahu dalam membantu PPK dan pihak yang berkepentingan dalam sama-sama mengawal penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, penyakit jantung, kanser dan sebagainya melalui amalan gaya sihat kepada semua peringkat umur.

    Di samping itu, pihak kementerian juga berharap ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang awam dalam menjaga kesihatan diri sendiri, malahan juga kepada masyarakat sekeliling.

    Tetamu kehormat melancarkan pelepasan peserta ekspedisi berkenaan. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...