Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Ekspedisi takluki Gunung Kilimanjaro

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Pasukan gabungan dari Brunei dan Malaysia telah memulakan ekspedisi menakluki Gunung Kilimanjaro, 5,895 meter (m) dari paras laut di Afrika.

    Dua pendaki, Pengiran Sulaiman bin Pengiran Haji Metali dan Noordin Aboo Talib telah berlepas ke Kuala Lumpur dan menyertai tujuh orang lagi dari Malaysia sebelum menuju ke Kilimanjaro di Tanzania.

    Ekspedisi itu diketuai oleh Ravichandran dari Global Expedition Malaysia yang mempunyai pengalaman mendaki Gunung Everest empat kali. Perjalanan mendaki bermula semalam dari Pintu Gerbang Marangu ke Pondok Mandara pada ketinggian 2,720m, yang mengambil masa sekitar 4 jam.

    Pada hari kedua, pasukan akan berjalan melalui kawasan mur berumput ke Pondok Horombo manakala mereka akan menuju ke Pondok Kibo pada hari ketiga.

    Sekitar tengah malam, pasukan akan naik ke Gilman dan dijangka menjadi pendakian lebih sukar sebelum menuju ke Puncak Uhuru pada ketinggian 5,895m. Ini adalah kemuncak tertinggi Gunung Kilimanjaro.

    Pasukan itu akan turun semula ke Kem 2 di Pondok Horombo sebelum pulang ke Pintu Gerbang Marangu pada hari terakhir.

    Pengiran Sulaiman dan Noordin Aboo Talib bergambar sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. – Gambar serahan Essma Bakir
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...