Sunday, May 18, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksperimen pendapatan asas universal di Berlin

    MIKO dari Berlin baru berusia lima tahun, namun dia sudah mempunyai pendapatan AS$1,063 sebulan untuk menyara hidupnya. Ia bukan datang dari kerja keras, tapi merupakan sebuah eksperimen dalam pendapatan asas universal. Dia adalah seorang daripada 85 orang, termasuk sekitar 10 orang kanak-kanak, yang telah dipilih oleh permulaan Mein Grundeinkommen (Pendapatan Asas Saya) untuk menerima pembayaran selama setahun sejak tahun 2014.

    Pengasasnya, Michael Bohmeyer ingin membuktikan kepada orang awam di Jerman dan di tempat lain bahawa pendapatan asas universal (UBI) adalah satu idea yang boleh digunakan. “Disebabkan oleh permulaan pertama saya, saya kini mempunyai pendapatan tetap, hidup saya menjadi lebih kreatif dan sihat. Jadi saya ingin melancarkan sebuah eksperimen sosial,” kata Bohmeyer yang berusia 31 tahun kepada AFP.

    Ternyata, bukan dia seorang yang ingin mencuba idea itu. Sekitar 55,000 penderma telah memberikan wang untuk bayaran bagi pembiayaan secara berkumpulan itu. Penerima terakhir dipilih dalam siaran langsung acara “roda nasib” dalam talian. Birgit Kaulfuss memberitahu bahawa Miko “tidak faham tapi bagi seluruh keluarga, ia sesuatu yang sangat menggembirakan” apabila dia terpilih untuk menjalani kehidupan yang “lebih santai” dan mendapat percutian keluarga buat pertama kalinya.

    Mencuba perkara baru

    “Semua orang tidur dengan lebih nyenyak dan tiada yang dianggap malas,” kata Bohmeyer mengenai benefisiarinya. Para penerima mengalami banyak pengalaman menarik contohnya disapa mesra tanpa perlu bimbang mengenai kewangan dan titik perubahan dalam kehidupan mereka. “Tanpa tekanan dari hari ke hari, anda boleh menjadi lebih kreatif dan akan mencuba perkara baru,” kata Valerie Rupp kepada penyiar awam ARD dalam temu bual baru-baru ini.

    Dia mampu menjaga anak damitnya dan memulakan kerjaya baru sebagai seorang penghias. Suaminya yang baru sampai dari Mali juga mengambil pelajaran bahasa Jerman. Para pemenang telah meninggalkan kerja-kerja yang hanya memberikan sedikit faedah kepada mereka dan menjadi guru, memberi kesedaran mengenai penyakit-penyakit kronik, menjaga orang yang tersayang atau dibayar untuk penyelidikan pelajaran kanak-kanak.

    “Ia adalah suatu hadiah dan arahan” untuk membuat perubahan, jelas Astrid Lobeyer yang menggunakan duit tersebut untuk memberi eulogi dalam pengebumian dan belajar mengenai teknik terapeutik Alexander, satu kaedah untuk melegakan stres pada otot. Eksperimen Bohmeyer telah mengagumkan media sosial dan meningkatkan perbincangan mengenai pendapatan universal di Jerman. Pada masa yang sama, Finland sedang mencuba idea itu terhadap 2,000 orang yang tidak mempunyai kediaman dan idea itu adalah polisi perdana bagi Benoit Hamon, peserta presiden Sosialis Perancis.

    Hadiah untuk kemalasan?

    Pada tahun 2009, ahli parlimen Jerman menolak bulat-bulat petisyen dari sekitar 50,000 orang Jerman yang meminta pendapatan universal. Walau bagaimanapun, menurut kaji selidik peninjau pendapat pada bulan Jun lepas, 40 peratus dari orang awam masih merasakan ia merupakan satu idea yang bagus.

    Para penyokong telah menubuhkan satu kumpulan kempen yang dipanggil “Buendnis Grundeinkommen” (persekutuan pendapatan asas) yang menyasarkan pilihan raya perundangan pada bulan September ini, namun setakat ini belum ada pihak yang menyokongnya.

    Permasalahan idea itu lebih berfokus kepada bagaimana UBI mampu mengubah hubungan individu dengan kerja. – AFP
    Permasalahan idea itu lebih berfokus kepada bagaimana UBI mampu mengubah hubungan individu dengan kerja. – AFP
    Pengasasnya, Michael Bohmeyer ingin membuktikan kepada orang awam di Jerman dan di tempat lain bahawa pendapatan asas universal (UBI) adalah satu idea yang boleh digunakan. – AFP
    Pengasasnya, Michael Bohmeyer ingin membuktikan kepada orang awam di Jerman dan di tempat lain bahawa pendapatan asas universal (UBI) adalah satu idea yang boleh digunakan. – AFP

    Ada sokongan yang datang dari orang berhaluan kiri, dan juga berhaluan kanan. Para penyokong juga terdiri dari pemimpin-pemimpin industri yang mengatakan ia mampu membanteras kemiskinan, memudahkan birokrasi, memudahkan pemindahan ke era digital dan lain-lain. Permasalahan idea itu lebih berfokus kepada bagaimana UBI mampu mengubah hubungan individu dengan kerja.

    Orang yang berhaluan kanan memanggilnya “hadiah untuk kemalasan”, manakala Pihak Demokratik Sosial (SPD) pada tahun 2006 bimbang penerima yang menganggur akan “dilabel tidak berguna” dan bukannya dibantu untuk mendapatkan kerja. Sehubungan dengan itu, kesatuan-kesatuan besar seperti IG Metall dan Verdi mengutuk idea itu sebagai “perangkap liberal” yang akan “menggalakkan ketidakadilan” dengan membayar jutawan dan orang miskin dengan jumlah yang sama.

    Tidak menjawab soalan

    Alexander Spermann, ahli ekonomi dari Universiti Freiburg memberitahu AFP bahawa Mein Grundeinkommen “tidak difikirkan dengan baik” sebagai jawapan apabila ditanya mengenai soalan sosial. 60 peratus dari bajet digunakan untuk 20 orang pekerja permulaan itu,” kata Michael Bohmeyer. Sementara itu, pembiayaan yang hanya menggunakan derma tidak dapat digunakan untuk projek berskala besar.

    Bagi Spermann, eksperimen Berliners hanya berjaya menjawab soalan “apa akan saya buat jika saya diberikan cek kosong untuk Krismas?”. Pilihan orang dari segi kelayakan atau kerja jika mereka diberikan jaminan pembayaran seumur hidup masih menjadi misteri, kata ahli ekonomi itu.

    “Siapa yang akan melakukan kerja-kerja yang memenatkan dan kurang menarik, contohnya mengosongkan sampah atau menjaga orang-orang tua?” kata Werner Eichhorst dari Bonn Centre untuk Masa Depan Kerja (IZA) pada tahun 2013. Penyokong UBI berkata bahawa kerja-kerja tersebut sama ada akan dilakukan oleh robot atau menjadi pekerjaan mulia dalam masyarakat jika polisi itu digubal.

    “Mesin tidak akan mengambil alih tugas kita dan pada masa yang sama membayar cukai kita,” balas Eichhorst dan para penentang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/