ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
APABILA dunia dibelenggu kegelapan kerana kekurangan tenaga global, para saintis terbaik dunia mempunyai sebuah rancangan terhebat, untuk mendirikan jana kuasa solar di bulan.
Namun untuk merealisasikan rancangan tersebut, seseorang harus pergi ke sana dan membangunkan fasiliti tersebut. Dan semuanya terletak pada bahu CatStronauts, kucing-kucing angkasa terhebat di planet ini.
Temui komandan yang tidak kenal erti takut Major Meowser, juruterbang yang berani namun sering kali berasa lapar Waffles, pencipta genius Blanket dan pegawai sains yang pintar Pom Pom.
Nasib bumi tergantung kepada kejayaan misi mereka, sama-samalah mengikuti pengembaraan mereka di dalam CatStronouts: Mission Moon karya Drew Brockington.
