Ekspo 2020 Dubai ditangguh ke Oktober 2021

PARIS, 4 MEI – Pameran perdagangan global, Ekspo 2020, yang dihoskan oleh Dubai telah ditangguhkan setahun akibat pandemik koronavirus dan akan diadakan bermula 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022, kata penganjur di Paris hari ini.

Pameran inovasi global berjumlah bilion dolar dianjurkan selama enam bulan itu dikatakan akan menjadi acara terbesar yang pernah diadakan di dunia Arab, dijangka menarik sekitar 24 juta pengunjung bermula 20 Oktober tahun ini.

Namun majoritinya dua pertiga negara anggota Bureau International des Expositions (BIE) menyokong bagi penangguhan yang diminta oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang badan itu katakan ‘membenarkan semua peserta untuk mengharungi dengan selamat impak COVID-19’.

“Ekspo 2020 Dubai berusaha untuk membantu membentuk dunia selepas pandemik dan mewujudkan masa depan lebih baik bagi semua,” kata biro itu dalam satu kenyataan.

Penangguhan itu ‘juga membenarkan Ekspo Dunia untuk menumpu pada kehendak bersama bagi pemikiran baharu untuk mengenal pasti penyelesaian kepada beberapa cabaran terbesar pada waktu kami’.

Dengan semunya bersetuju untuk mengekalkan nama Ekspo 2020 Dubai, ia akan menjadi ekspo dunia pertama yang diadakan di Timur Tengah BIE, rantau Afrika dan Asia Selatan (MEASA), mengalu-alukan 192 negara, perniagaan-perniagaan, organisasi multilateral dan perusahaan pendidikan. – AFP

Gambar fail bertarikh 8 Oktober 2019 menunjukkan juruteknik berjalan di tapak pembinaan Ekspo 2020 Dubai, UAE. – AFP