Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo dalam talian China- ASEAN ke-17 berlangsung di China

    NANNING, 1 NOV – Majlis pelancaran Ekspo Dalam Talian China-ASEAN ke-17  dilangsungkan  di Nanning, wilayah Guangxi pada 30 Oktober.

    Buat julung kalinya ekspo itu diadakan menggunakan konsep ‘pameran dalam talian dan luar talian’ untuk menawarkan perkhidmatan percuma kepada pempamer dan pengunjung, merangkumi pameran dan rundingan maya, mesyuarat promosi serta e-niaga rentas sempadan.

    Pengunjung boleh melakukan pembelian bersifat ‘sehenti’ terhadap produk China dan negara ASEAN dengan melayari laman web  ‘Ekspo Dalam Talian China-ASEAN’ yang terdiri daripada produk China,  ASEAN, negara tetamu, rakan kerjasama dan negara lain yang terlibat dalam pelaksanaan ‘Inisiatif Jalur dan Laluan’ (BRI).

    Selain itu ekspo turut menganjurkan aktiviti promosi perdagangan seperti taklimat dan pembelian barang rentas sempadan maya, penjualan barang menerusi siaran langsung anjuran ‘selebriti internet’ dan sidang promosi produk ASEAN. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda