Ekspo di Hong Kong tarik 370,000 pengunjung

HONG KONG, 17 OGOS – Lima pa-meran anjuran Jabatan Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC) secara rasminya melabuhkan tirai pada Isnin dengan penyertaan lebih 900 pempamer dan 370,000 pengunjung.

Lima pameran tersebut adalah Ekspo Makanan Enak ke-31, Pameran Wain Antarabangsa Hong Kong, Pameran Teh Antarabangsa Hong Kong, Ekspo Perkakas – Barang Harian Rumah dan Ekspo Kecantikan dan Kesihatan.

Menurut Naib Pengarah HKTDC, Zhou Qiliang, meskipun sesi uji rasa makanan tidak diadakan untuk tahun ini, namun penduduk Hong Kong tetap menunjukkan minat untuk
membeli-belah dan ramai yang menggunakan kupon penggunaan digital. – Bernama