SHANGHAI, 24 April – Ekspo IE China 2017, pameran alam sekitar yang terbesar dan paling berpengaruh di Asia, akan dibuka pada 4 hingga 6 Mei, 2017 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai.
Pameran edisi ke-18 itu akan diadakan di 9 buah dewan pameran yang memaparkan teknologi canggih dan penyelesaian yang paling berinovatif di dalam bidang termasuk air & rawatan kumbahan, pengurusan sisa, pemulihan tapak, kawalan pencemaran udara dan pembersihan udara, bersama-sama dengan pelbagai mesyuarat dan simposium yang diadakan serentak.
Pada ekspo IE China edisi 2017 itu, pengunjung akan dapat melihat pempamer tetap termasuk Veolia, SUEZ, Huber, KSB, VAG, Andritz, Heyl, E+H, Dow, EISENMANN, Durr, Heraeus, Zoomlion, BHS, ENSA, TITECH dan ALLU . Selain dari Itali, Jerman, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Switzerland, Kesatuan Eropah, Denmark dan Austria akan juga mendirikan astaka.
Ekspo IE China 2017 adalah lebih daripada sebuah pameran.
Dengan mengadakan pelbagai mesyuarat dan simposium secara serentak, ia akan mewujudkan sebuah platform perniagaan dan perangkaian yang berkesan bagi kalangan profesional China dan antarabangsa dalam sektor alam sekitar.
Simposium Pertukaran dan Inovasi Pavilion ke-3 itu, sebagai satu aktiviti utama semasa acara itu, bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan teknologi air dan menghubungkan perusahaan berinovatif dengan pelabur.
Antara syarikat dari New Sky dari Amerika Syarikat hingga kepada Reali Technologies dari rantau MENA (Timur Tengah Afrika Utara), penganjur Isle Utilities akan memilih 8 daripada mereka untuk membentangkan inovasi canggih mereka seperti Proses SulfurCycle-R dan membuat penilaian terhadap teknologi air terbaik yang sesuai dengan pasaran China.
Sementara itu, semasa sesi Pemadanan Perniagaan Antarabangsa, perusahaan dari luar negara akan berkumpul, termasuk EU-SME Instrument – sebuah organisasi yang akan membawa 15 delegasi dari EU PKS dan wakil Kerajaan EU untuk bertemu dengan perusahaan dari China di EU-Pavilion.
Forum Sidang Kemuncak ekspo IE akan dinaik taraf kepada Persidangan Teknologi Alam Sekitar China 2017 dengan empat rakan baharu: ASEM Water Resources Research and Development Center, China Resource Recycling Association, German RETech Partnership dan Pejabat Kerjasama Ekonomi Luar Negeri. Isu-isu panas dan amalan terbaik akan dibincangkan dan dikongsi pada Persidangan itu dan 8 sektor kecil termasuk Sektor Antarabangsa, Sektor Air, Kawalan Pencemaran Air & Sektor Penulenan Air, Sector Sisa, Sektor Pemulihan Tapak, Sektor Pemantauan Alam Sekitar, Sektor Teknologi Inovatif. – Bernama