Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Ekspo sempena ulang tahun kedua PTEB

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 20 NOV – Sempena ulang tahun kedua Pusat Tingkatan Enam Belait (PTEB), sekolah berkenaan telah mengadakan Ekspo Seni Kreatif, yang diadakan di kawasan sekolah PTEB, kelmarin.

    Dalam ekspo berkenaan para pelajar dan guru berpeluang untuk mempamerkan kreativiti mereka dalam pelbagai bidang seperti melukis dinding bangunan, mengecat model plastik dan sebagainya.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah pengetua PTEB, Chin Ai Fong yang dalam ucapan perasmian ringkasn menyatakan bahawa ekspo itu diadakan sempena ulang tahun kedua sekolah itu.

    “Disebabkan pelbagai keadaan, kami tidak dapat meraikan ulang tahun pertama kerana negara sedang memerangi COVID-19 semasa kemuncak pandemik global, tetapi kami kini bernasib baik kerana dapat meraikan ulang tahun kedua sejak berpindah di sini,” tambahnya.

    Beliau juga berharap para pelajar akan mengambil peluang untuk membantu meluaskan pandangan dan persepsi mereka bagaimana cara menjadi kreatif, serta memberi inspirasi dalam menimba kemahiran dan hobi baharu untuk diceburi oleh pelajar.

    Chin Ai Fong menyaksikan karya seni yang dipamerkan semasa ekspo berkenaan.

    Selepas ucapan itu, acara diteruskan dengan pemotongan reben bagi merasmikan pelancaran ekspo, serta melawat pelbagai gerai yang terdapat semasa ekspo berkenaan.

    Ini termasuk paparan Gundam dan Warhammer yang masing-masing diketuai oleh Persatuan Gundam Brunei dan Mystique Creatures, serta paparan Miniatur Lego City yang diketengahkan oleh Kumpulan Pengguna I Lego Brunei Kuala Belait (ILUGBNKN).

    Di samping itu, para pelajar dan guru-guru sekolah itu turut mempamerkan karya seni yang mereka lukis pada paparan untuk ditonton pada ekspo berkenaan.

    Antara aktiviti lain termasuklah dua bengkel pemasangan unit Warhammer serta pembuatan kit model Gunpla secara berkumpulan.

    Sementara itu, pihak sekolah juga telah menjalankan beberapa aktiviti lain sempena ekspo dan ulang tahun kedua sekolah yang diadakan pada pagi itu.

    Ini termasuk waktu CCA di mana pelajar sekolah dapat menjalankan beberapa aktiviti kokurikulum sekolah, yang termasuk Kelab Penceramah, Kelab Saintis Muda, Kelab Drama dan Muzikal, dan Kelab Rohani.

    Selain itu, pihak sekolah turut menjemput beberapa pelajar dari pusat tingkatan enam lain dari seluruh negara untuk menyertai Program Kepimpinan dan Silaturahim (Program Jalinan Ukhuwah dan Kepimpinan PRR) Pembimbing Rakan Remaja (PRR), di mana pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan sepanjang hari.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...