Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Ekspo Souq Al-Qudwah labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan KHEU

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Ekspo Souq Al-Qudwah 3.0 yang berlangsung selama empat hari di Gedung Membeli-belah OneCity telah melabuhkan tirainya hari ini.

    Kelmarin, pelbagai acara telah diadakan sepanjang hari termasuk Taklimat Pengurusan Kewangan bertajuk ‘Peranan Cashflow dalam Pengurusan Aliran Tunai’ yang disampaikan oleh Pengurus Am, Strategi dan Perniagaan, Insurans Islam TAIB Sdn Bhd, Haji Shamsul bin Haji Muhammad.

    Selain itu, aktiviti melaungkan azan dan pelbagai peraduan turut diadakan termasuk peraduan Asah Minda, membaca dan menulis Jawi, menulis khat, menghafaz ayat-ayat lazim, dan menghafal Selawat Tafrijiyah. Juga diadakan adalah persembahan tausyeh oleh Firqah Asy Syams.

    Manakala itu, menyerikan suasana pada sebelah malam adalah sesi tazkirah bertajuk ‘Ya Rasulullah, Hati ini Cinta dan Rindu Padamu’ yang disampaikan oleh Pegawai Ugama, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Awang Mohammad Nasyith bin Superi.

    Ekspo berkenaan dianjurkan oleh PDI dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan rakan-rakan strategik terdiri daripada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Qalam Academy.

    Penganjurannya diharap akan dapat membantu mengubah pola berfikir, imej serta keyakinan kalangan usahawan terutamanya asnaf yang kurang berkemampuan dan mereka yang menerima bantuan kebajikan bulanan agar terus memacu perubahan untuk menjadi usahawan mandiri yang berjaya sekali gus dapat mengeluarkan diri mereka daripada kepompong kemiskinan kepada kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

    Gambar ramai pegawai kanan PDI bersama pelajar yang menyertai aktiviti ekspo tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...