Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Eksport barangan pelancongan Kemboja bernilai AS$10 bilion

    PHNOM PENH, 13 OKT – Industri pakaian, kasut dan barangan pelancongan Kemboja mencatatkan peningkatan eksport sebanyak 24 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama 2022, menurut kenyataan Jabatan Am Kastam dan Eksais pada Khamis.

    Kemboja mengeksport produk bernilai AS$10.25 bilion dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, meningkat sebanyak 24 peratus berbanding AS$8.24 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

    Industri pakaian, kasut dan barangan pelancongan merupakan penyumbang pertukaran asing terbesar bagi Kemboja, menyumbang hampir 60 peratus daripada jumlah nilai eksport kerajaan, tambah laporan itu.

    Setiausaha Rendah yang juga jurucakap Kementerian Perdagangan, Penn Sovicheat berkata peningkatan itu dicapai hasil pembukaan sepenuhnya aktiviti sosio-ekonomi dalam negara, keutamaan perdagangan dan peningkatan permintaan global setelah wabak COVID-19 global berkurangan.

    “Perjanjian perdagangan bebas Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), yang berkuat kuasa awal tahun ini, juga telah menyumbang kepada pertumbuhan ketara ini,” katanya kepada Xinhua.

    Dalam sidang akhbar kelmarin, Setiausaha Kementerian Buruh Heng Sour berkata industri pakaian, kasut dan barangan pelancongan terdiri daripada lebih 1,200 kilang dan cawangannya, menggaji kira-kira 830,000 pekerja, kebanyakannya wanita. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...