Eksport China meningkat

BEIJING, 10 JUN – Eksport China mengatasi ramalan suram untuk berpulih pada Mei walaupun import merosot lebih daripada dijangkakan, data menunjukkan hari ini, tatkala kebimbangan berlarutan mengenai kesan perang perniagaan berterusan dengan Amerika Syarikat (AS).

Perbalahan di antara dua ekonomi teratas dunia meruncing pada bulan lalu dengan Presiden Donald Trump menambah tarif ke atas AS$200 bilion barangan China. Namun eksport China kepada dunia meningkat 1.1 peratus pada bulan lalu setelah mencatat kemerosotan 2.7 peratus pada April, menurut data kastam. Penganalisis yang ditinjau oleh Bloomberg News telah meramalkan penyusutan sebanyak 3.9 peratus.

Lebihan dagangan bertambah kepada AS$41.7 bilion pada Mei berbanding dengan AS$13.8 bilion pada bulan sebelumnya. Lebihan dengan AS berjumlah AS$26.9 bilion, naik daripada AS$21 bilion pada April.

Rundingan perniagaan di antara Beijing dan Washington telah gagal sementara kedua-dua negara telah mengugut akan mengenakan lebih banyak sekatan di antara satu sama lain.

Trump telah menyenarai hitamkan syarikat telekom China Huawei dan mengingatkan beliau mungkin mengenakan tarif ke atas hampir semua produk yang selebihnya dari China, bernilai lebih daripada AS$300 bilion.

Beijing bertindak balas terhadap kenaikan tarif terbaharu oleh Trump dengan menambah levi ke atas AS$60 bilion produk AS pada 1 Jun. – AFP