Eksport domestik bukan minyak Singapura meningkat

SINGAPURA, 17 JULAI – Eksport domestik bukan minyak Singapura (NODX) meningkat 16.1 peratus tahun ke tahun pada Jun 2020, berbanding penyusutan 4.6 peratus tahun ke tahun pada bulan sebelumnya.

Menurut data terkini yang dikeluarkan Enterprise Singapore (ESG) hari ini, eksport elektronik dan bukan elektronik republik itu seperti emas bukan monetari, jentera khusus dan farmaseutikal mencatat peningkatan.

ESG – agensi kerajaan yang menguruskan pembangunan perusahaan – berkata jumlah perdagangan Singapura susut 6.6 peratus pada bulan itu, merosot daripada pengurangan 25.0 peratus pada Mei 2020.

Ia mengaitkan pengurangan kemerosotan perdagangan minyak, yang turun 54 peratus tahun ke tahun atau S$8.5 bilion pada Jun 2020 di tengah-tengah penyusutan harga minyak, susulan pengurangan 74 peratus tahun ke tahun atau S$14.0 bilion pada Mei 2020.

Penyusutan jumlah eksport turun kepada 3.6 peratus tahun ke tahun pada Jun 2020, berbanding penurunan bulan sebelumnya sebanyak 23.9 peratus tahun ke tahun, manakala jumlah import turun 9.9 peratus tahun ke tahun berikutan pengurangan 26.2 peratus tahun ke tahun pada Mei 2020. – Bernama

Bangunan pangsapuri dilihat di sepanjang pantai East Coast Park di Singapura. Eksport domestik bukan minyak Singapura telah meningkat 16.1 peratus tahun ke tahun pada Jun 2020. – AFP