Saturday, January 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport, import Jepun meningkat

    TOKYO, 16 DIS – Eksport Jepun melonjak 20 peratus dan import meningkat pada kadar yang lebih pesat pada November ketika gangguan kepada rantaian bekalan pengeluaran berkurangan.

    Data perniagaan awal yang dilaporkan hari ini menunjukkan peningkatan hampir 44 peratus berbanding setahun sebelumnya, mendorong negara mencatat defisit, ketika harga minyak meningkat mendorong kos meningkat lebih tinggi.

    Eksport besi dan keluli meningkat 88 peratus, sementara eksport kenderaan dan peralatan pengangkutan lain meningkat 20 peratus. Hantaran cip komputer juga pulih, meningkat lebih 20 peratus.

    “Lonjakan dalam eksport pada November mencadangkan kebanyakan sekatan rantaian bekalan dalam sektor kereta telah pun berkurangan pada bulan lalu. Kami fikir eksport akan kekal kukuh pada bulan-bulan akan datang ketika eksport kenderaan motor pulih seterusnya dan permintaan luar untuk barangan modal terus meningkat,” kata Tom Learmouth daripada Capital Economics dalam komentar.- AP

    Sebuah kapal kontena berlabuh di pelabuhan di Tokyo. Jepun semalam melaporkan eksportnya meningkat 20 peratus pada November ketika gangguan rantaian bekalan mulai berkurangan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda