Eksport Jepun terus merosot

TOKYO, 21 OKT – Eksport Jepun merosot bulan ke-10 berturut-turut pada September tatkala ketegangan perniagaan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China menjejaskan permintaan untuk jentera dan alat pengeluaran lain, kata kerajaan hari ini.

Kementerian Kewangan berkata defisit perdagangan pada September berjumlah AS$1.1 bilion, keadaan debit untuk bulan ketiga berturut-turut.

Eksport merosot 5.2 peratus berbanding bulan yang sama pada 2018, dengan hantaran mesin, kenderaan da alat ganti kereta yang lebih lembap. Import merosot 1.5 peratus.

Eksport Jepun ke AS merosot hampir 8 peratus berbanding setahun sebelumnya, tatkala eksport kenderaan merosot 16 peratus.

Import dari AS merosot 12 peratus. Lebihan dagangan dengan AS merosot 3.5 peratus kepada 564.1 bilion yen.

Gambar bertarikh 8 Julai menunjukkan kereta untuk dieksport diletak di pelabuhan Kawasaki, berhampiran Tokyo. Jepun mencatat defisit dagangan bulan ketiga berturut-turut pada September, menurut data kerajaan terbaharu. – AP

Namun terdapat tanda-tanda pemulihan dalam permintaan semikonduktor, mencadangkan satu kemelesetan dalam sektor mungkin berkurangan, kata ahli ekonomi.

Eksport semikonduktor meningkat 4 peratus berbanding setahun sebelumnya meskipun digit berganda merosot dalam kebanyakan kategori jentera elektrik.

Eksport litar bersepadu melonjak 9.1 peratus, data menunjukkan.

Jumlah eksport stabil, sementara nilai eksport merosot disebabkan harga yang lebih lemah.

“Risiko eksport akan merosot mendadak telah reda, namun masa dijangka diperlukan sebelum eksport boleh berpulih,” kata Harumi Taguchi, ahli ekonomi IHS Markit.

Perang tarif di antara AS dan China telah menjejaskan seluruh rantau dan pengeluar dalam rangkaian bekalan. Sementara itu, satu perbalahan di antara Jepun dan Korea Selatan berhubung eks-port beberapa barangan teknologi tinggi telah menambah kepada ketidakpastian. – AFP