KUALA LUMPUR, 18 Okt – Jumlah eksport kayu-kayan dan produk berasaskan kayu-kayan merosot 5.7 peratus kepada RM14.6 bilion daripada Januari hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh yang sama 2017 berikutan faktor cuaca.
Pengerusi Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), Datuk Low Kian Chuan berkata, walaupun terdapat penurunan, majlis itu yakin dapat mencapai sasaran eksport tahunannya menjelang akhir tahun.
“Setakat ini, penjana pendapatan utama kami, iaitu perabot kayu, papan lapis, kayu bergergaji, papan gentian dan pertukangan kayu telah berjalan dengan baik,” katanya di sini, hari ini. – Bernama