Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Eksport Kemboja ke negara RCEP cecah AS$3.28 bilion

    PHNOM PENH, 25 JULAI – Eksport Kemboja ke negara-negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mencecah AS$3.28 bilion dalam enam bulan pertama 2022, meningkat 10 peratus dari tahun ke tahun.

    Tiga pengimport utama dari Kemboja adalah Vietnam, China dan Jepun, dengan nilai eksport masing-masing mencecah AS$1.17 bilion, AS$612 juta dan AS$542 juta, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) menurut Kementerian Perdagangan Kemboja.

    Eksport Kemboja ke negara anggota RCEP pada separuh pertama menyumbang 28.8 peratus daripada jumlah perolehan eksport negara.

    Sementara itu, jumlah perolehan import-eksport antara Kemboja dan negara RCEP mencecah AS$16.24 bilion, meningkat sembilan peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Penn Sovicheat, Setiausaha Bahagian dan Jurucakap Kementerian Perdagangan Kemboja, mengesahkan bahawa RCEP, yang berkuat kuasa pada 1 Jan tahun ini, merupakan faktor penyumbang kepada pertambahan eksport Kemboja dalam enam bulan pertama tahun ini.

    Menurut Gabenor Bank Kemboja (NBC) Chea Chanto, pertumbuhan ekonomi negara Asia Tenggara itu dijangka mencapai 5.3 peratus pada 2022, terutamanya membabitkan peningkatan eksport pakaian, beg dan kasut; prestasi baik industri pembinaan dan hartanah; hasil pertanian yang semakin meningkat; dan pemulihan sektor pelancongan. Perjanjian perdagangan bebas (FTA) RCEP terdiri daripada 15 negara Asia-Pasifik termasuk 10 negara anggota ASEAN, dan lima rakan dagang iaitu China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...