Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport Korea Selatan catat pertumbuhan

    SEOUL, 19 Julai – Bahagian dan bahan industri eksport Korea Selatan mencatatkan peningkatan kepada dua digit pertama dalam tempoh enam tahun ini, hari ini.

    Eksport bahan dan komponen perindustrian mencapai AS$134.4 bilion pada separuh pertama, naik 10.5 peratus dari tempoh yang sama tahun lalu, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.

    Ia merupakan perkembangan dua digit pertama sejak separuh pertama tahun 2011. Eksport bahagian dan bahan mencatat pertumbuhan dua digit untuk dua suku melalui suku kedua.

    Para pekerja ketika melakukan kerja-kerja pembangunan di sebuah bangunan yang sedang dibina di Seoul, Korea Selatan. Bahagian dan bahan industri eksport Korea Selatan mencatatkan peningkatan kepada dua digit dalam tempoh enam tahun. – AP
    Para pekerja ketika melakukan kerja-kerja pembangunan di sebuah bangunan yang sedang dibina di Seoul, Korea Selatan. Bahagian dan bahan industri eksport Korea Selatan mencatatkan peningkatan kepada dua digit dalam tempoh enam tahun. – AP

    Eksport barangan tekstil merosot 3.9 peratus, tetapi barangan kimia, plastik dan getah menunjukkan peningkatan. Penghantaran bahagian elektronik melonjak 23.9 peratus, menyebabkan peningkatan secara keseluruhan. Mengikut wilayah, eksport ke negara-negara Asia Tenggara dan negara-negara Amerika Latin meningkat lebih daripada 20 peratus. Eropah dan Jepun meningkat 7.4 peratus dan 7.5 peratus, tetapi Timur Tengah menurun 0.7 peratus.

    Import bahagian industri dan bahan naik 9.6 peratus pada tahun ini kepada AS$81.4 bilion pada separuh pertama.

    Lebihan perdagangan dalam sektor ini mencapai AS$53 bilion pada separuh pertama, naik AS$5.64 bilion dari tahun sebelumnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda