Eksport kukuh rangsang ekonomi Indonesia

JAKARTA, 5 NOV – Ekonomi Indonesia berkembang semula dalam suku ketiga, menurut data rasmi yang keluar hari ini, disebabkan pemulihan eksport tetapi kadar menjadi lembap berbanding tiga bulan sebelumnya ketika pandemik terus memberikan kesan besar ke atas sektor itu.

Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu berkembang 3.51 peratus pada Julai-September, kata Agensi Statistik (BPS), walaupun ia adalah lebih rendah daripada peningkatan 7.07 peratus yang dicatat tiga bulan sebelumnya, yang merupakan kadar paling pesat dalam hampir dua dekad.

Sementara hantaran luar negara Indonesia meningkat mendadak, sektor perhotelan dan pengangkutan adalah antara yang paling teruk terjejas, kata ketua BPS Margo Yowono, tatkala syarikat penerbangan Garuda hampir-hampir catat kemuflisan.

“Pengangkutan adalah sektor yang paling teruk terjejas disebabkan kemerosotan dalam pergerakan,” beritahunya pada taklimat media.

Namun Yuwono berkata masa depan yang lebih cerah bakal berlaku apabila lebih ramai orang menerima suntikan vaksin dan mematuhi peraturan kesihatan.

Tahun lalu ekonomi menyu-sut sebanyak 2.07 peratus, menandakan kemelesetan pertama sejak krisis kewangan Asia pada 1997. Bank Pusat pada Julai mengurangkan ramalan pertumbuhan 2021 kepada 3.5-4.3 peratus disebabkan peningkatan jangkitan, daripada ramalan sebelumnya sebanyak 4-1-5.1 peratus. – AFP

Penduduk Indonesia membeli-belah di gerai jalan di Jakarta kelmarin. Ekonomi Indonesia berkembang semula dalam suku ketiga disebabkan pemulihan eksport, menurut data rasmi kelmarin.- AFP